Friday, July 1, 2011

Andainya lelaki tahu












Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semstinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya


Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tatapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
lihat lah pada pasangan yang beru bercinta ,
mereka jarang bergaduh.


Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dngan lebih dkat.



Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermkna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu anda  lebih baik
bukan untuk dirnya, tetapi untuk masa depan anda


Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda


Andai lelaki tahu
apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada- ngada
Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen
tetapi cukup dngan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengtakan `I LOVE YOU
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu
di benar-benar maksudkan nya
apabila berjauhan
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata- ktanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
walaupun sbnrnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
selagi dia dngan kamu
percayalah , walau perempuan menganggap masih ramai lagi yang baik di matnya
tetapi di hatnya
kamu tetap yang terbaik


Andai lelaki tahu
Aapabila perempuan menjadi degil
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan nya
...percayalah
hati perempuan itu sngat lmbut
andai kena caranya
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiran dlm masa sesaat


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan berkata" tolong tinggalkan saya!"
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenagkan fikiran nya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
percayalah dia akan mencari anda semula
itu tnda nya dia teramat mencintai anda
perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dngan perubahan pada diri anda

Andai lelaki tahu
sememanya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan nya tersndiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
perempuan itu diciptakan olleh Allah indah sekali

Di sebalik air matanya
tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya
Biarpun Zahirnya tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia
dan mungkin boleh pula memabuat lelaki menjadi lemah kerana nya

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan unutk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


No comments:

Post a Comment