Sunday, December 11, 2011

Akhlak Juga Penting

Assalammualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia". Riwayat Abu Daud
Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.

Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.

Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.


إِنَّا
أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ
Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat
(Surah Sodh 38: 46) 

Andai Kamu Ingin Memberi Cinta

Assalammualaikum..


CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Friday, November 25, 2011

Petani Kerjaya Terbaik Dalam Islam

Assalammualaikum

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 58, yang bermaksud: ” Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.”

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud: “Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.”



Di zaman serba moden ini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sektor pertanian adalah antara yang tertua dan paling kurang berisiko. Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sektor pembuatan perindustrian. Demikian menurut pendapat Imam Al-Mawardi.

Para ulama’ berselisih pendapat tentang manakah yang paling baik dari ketiga-tiga profesion ini. Mazhab As-Syafei berpendapat bahawa pertanian adalah yang paling baik. SedangkanImam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bahawa bercucuk tanam yang paling baik kerana alasan berikut

PERTAMA

Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ” Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ” Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil tanaman sendiri.

KEDUA

Sunday, November 6, 2011

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Assalammualaikum


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Friday, November 4, 2011

Cerita sekumpulan batu

Assalammualaikum

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya.

Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ.

Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Pesanan Imam Syafie

Assalammualaikum..


Dibawah ini saya siarkan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Thursday, November 3, 2011

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Jauhi Riak

Assalammualaikum..

PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.

"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan"

Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)

Saturday, August 27, 2011

Raya dah dekat ....apa kata Aku?









Asssalammualaikum...


Lama juga aku tak post dekat Blog nihh..
memandangkan hari ini aku ada la jugak sket masa untuk Spending my time with my Blog..

ye la sekarang ni aku bukan main susah nk luangkan masa dengan Blog aku ni sebab aku ni sekolah berasrama lepas tu kalau aku balik cuti jer..kat rumah mesti aku baca novel ahaha, aku pun tak tau kenapa sekarang aku minat baca novel,terpengaruh dengan kawan aku kot.

Okey sekarang aku nak Just straight to the point..mungkin korang bosan dengan cerita aku kan..dah la korang nganntuk nanti bertambah - tambah ngantuk laa...ahahaha...

Sunday, July 31, 2011

Esok dh nak puasa

assalammualaikum semua....
Sedar tak sedar esok kita semua bakal menghadapi ujian oleh allah selama sebulan iatu Ramadhan Al-Mubarak.
bila kita dah dekat dengan bulan yang mulia ini,,banyak2 kanlah ibadat,,kerana kita pasti mendapat ganjaran daripada - Nya....bukan aku nak kata bulan ni saja yang kita perlu beribadat lebih...bulan2 lain pon boleh jgak cuma bulan ni lebih istimewa dari bulan lain..kerana bulan ini lah untuk kita mendapat rahmatnya..

Dalam bulan ini jugak ada di dalamnya peristiwa yang penting bagi umat islam iatu Nuzul AL-Quran..
dan 1 peristiwa yang perlu dikejar oleh setiap umat Islam iatu malam Lailatul Qadar ...malam tersebut merupakan malam yang bermakna bagi orang yang telah menemui malam tersebut..

Yang tak bestnya sekarang ni aku x dapat nk bukak puasa dengan mak ngan ayah,,cuma sempat bersahur je
KENAPA!!!!!

apa-apa pun aku nak ucap Selamat Berpuasa bwat semua umat islam..

Friday, July 29, 2011

FarEast...

walawehhhhhh~~~~~~~~~

aku memang x sangka gila la..kumpulan nasyid fav aku datang  maktab aq bwat persembahan...woaahhhh :P

lagu yang paling best aq dengar,  Cinta Pertama dengan Menanti Di Barzakh...
perghhhhhh...memang mantop laaahhhh.....khusyuk gila aq layan lagu tu....dy sebnarnye nyanyi banyak lagu lagi tapi seriuss....aq x ingat
part yang paling best masa Harith ,Farish dngan anas naik atas pentas...diorang dipaksa menyanyi dkat atas pentas tu wakkakakaka...
yang si farish ngan anas ni nyanyi xpe lagi...tapi bila yang si harith ni nyanyi ntah pape aq x paham langsung apa dia nyanyi...yang aku dengar buah kurma, buah kurma...ahahah..
TAPI.....ade tapi.....dia lah yang jadi juara  :o
ahahahahahaha......last sekali aku nak cakap AKU Memang PEMINAT FANATIK KUMPULAN NASYID FAREAST............

Friday, July 1, 2011

Andainya lelaki tahu












Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semstinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya


Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tatapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Friday, June 10, 2011

Bila kita

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Beza SUKA dan CINTA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Sunday, June 5, 2011

Diari Seorang Lelaki

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Anda Putus cinta? baca entri ni..

Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.

Kiamat : Dua Perkara Yang Terlintas di Pikiran

Kali ni topik sedikit berkisar tentang keagamaan. Jangan panggil aku ustaz lak nanti ye.:), tapi ada benda yang terlintas dalam pikiran aku untuk aku menerbitkan entri ini.:)

Kiamat, pengakhiran kepada segala yang ada di alam ini seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Dan untuk menghampiri kiamat ini, sudah dinyatakan tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar.

Wednesday, June 1, 2011

I want this for my birthday.. plzzz

aku nk kasut nihh untuk hari lahir aq.....plz....xde spe2 ker sanggup beli kasut nihh untuk hadiah hari lahir aq....aq minat sangat2 kasut...
plzzzz...someone??

Hey It's June

kepada sesiapa yang tau hari lahir aq bila....paham2 la...hehehehe...
    harini aq nk cakap sket la pasal  impian..
   setiap orang mempunyai impian yang tersendiri..   mcm aku..aku pun ade impian..
  impian aku adalh aku ingin menjadi seorang yang berjaya  di dunia dan akhirat..
  sementara tu aku nk terangkan sket pasal kejayaan dunia akhirat nihh.                                          .sebahagian  dari kita sentiasa ingin menuju kejayaan hanya
 ke arah dunia.tpi bila ckap tentang menuju kejayaan dkat akhirat bnyak plak alasan
 diorang mcm "muda2 ni enjoy dlu..tua2 bru beribadat " . mcm ni ke bdak melayu zaman    sekarang??
  inilah yang dikatakan sebagai " Melayu Mudah Lupa".
   oklah (sket2 sdah la kan)
 aku harap Impian korang semua tercapai sama ada di dunia atau pun di akhirat,,,
      InsyaAllah

Tuesday, May 31, 2011

Thank You,,ngee~~ ^_^

Today me idzham zakaria want to thank all those who had become My follower ,,,
I never thought i can get follower more than 10,,ahaha,,this is crazy!!
and one last thing,,,I'll support someone who supports me... ^_^

Friday, May 27, 2011

Why I love You..

You want to know why I love You
Just ask your best friend to know how much my love for You
I would go through battle
with that old bloody axe
I would rather die
Than to see You not smile
I would not lie
not even once

Your radiant skin as white as snow
Your beautiful eyes as shining as the star
Your attitude as kind as one can be

You... And Only You

I just can't grasp what it is that i like about you so much. is it the way you laugh, you adorable smile,how cute you are,or your unique and fun personality? I'm just afraid to admit this to you. I hope one day i can have the courage to tell you face to face. I don't know why it took so long to realize you were in my life.I like i'm changing so that I can be someone you can look up to. Until then, I'll stay by your side proctecting you through the hardships. I wan to open my heart to You...And Only You..

Tuesday, March 15, 2011

Facebook..oh facebook

kenapaaaa...klu aq on9 FB ...xde pon orng nk chat ngan aq...???
mungkin sbb aq ni selalu ckap benda mengarut kowtt..
ye laa..spe la nk chat ngan bdak yng suka mengarut mcm aq ni ,,dh la x nsem..


ahahahaha..tpi aq x kisah pon..

Saturday, March 12, 2011

saje2..dah xde keje

dh lame aq x update blog ni...maklumlah dh masuk asrama ....susah sikit la nk update..ahahaha
dlu aq ingatkan duduk asrama susah..tpi lpas aq g sne..bru aq tau..bukan susah pon..cuma selalu ngantok jer..sbb terlalu letih..ye la mne x nyer..pagi kne pegi kelas lpas tu ptng  prep plak ..haish..bnyak sngat bende yng nk dibuatnyer..smpai aq pon malas nk tulis...sepanjang 1bulan  7 hari ni aq dpat knal 1 asrama lelaki, sahaja..bukan perempuan yerr...ahahaha..giler klu aq nk knal 1 asrama perempuan...itu sje la aq nk citer..bukan bnyak sngat pon..  idea pon x bnyak dkat otak ni nk tulis ape...ahahaha..k lah byee  :P

Wednesday, February 2, 2011

MRSM Baling

MRSM ni lah yang akan aku pergi nanti,,,ahahahaha
dalam hati masih rasa berdebar-debar nak pergi sana..
fuhhh..semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar..selamat tinggal kawan2..aku akan meninggalkan kamu semua,,aku harap kamu semua takkan melupakan aku setelah aku berada di MRSM Baling ye kawan2...kamu semua lah yang selalu mendorong  aku untuk berjaya di masa hadapan..kamu semua lah kawan2 terbaik aku...I'll miss u all.. :')

Sunday, January 30, 2011

Persiapan ke MRSM Baling,Kedah

aq x larat daaa...hari ni...nk kne beli baju la ape laaa..maklumlah nk pegi asrama la katakn..
bnyak gak la brang2 yng nk beli...baju sekolah,baju t-shirt,kasut dan macam2 lagi laa..
snng citer memang bnyak kne beli...
dh la beli brng2 ni smua mase saat2 terakhir...
semua nk cepat...
7 febuari ni nk pegi dah...
mintak2 lah dkat sne aq dpat senior yng sporting dan baik..
 aq xtau ape nk citer dah..so smpai sini saje lah aq tulis ,,,
assalammualaikum..

Friday, January 28, 2011

pengalaman yng ngeri

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. 

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. 

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan mem'fire' pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformers. 

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. 

Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam Bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan di ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.